Friday, 28 October 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



Rancangan Pengajaran Harian



Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh : 20/01/2011
Masa: 8.45-9.45 Pagi
Bilangn murid: 30 orang
Topik : Mengenal Huruf
Tajuk : Keluarga Huda
Objektif : Mengenal huruf a - z
Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran murid dapat mengenal huruf a - z
Aktiviti  pengajaran dan pembelajaran :  
i ) Set Induksi
ii ) Aktiviti  
iii) Penutup
Nilai : Bersemangat, Berani, Bekerjasama
Kemahiran Bernilai Tambah : Mengecam
BCB : Mendengar dengan berkesan
BBM : Kaset, huruf a-z, carta abc, lembaran kerja


  • 1.      Set Induksi (5 minit) 
-          Guru memperdengarkan lagu abc dengan iringan muzik
-          Murid menyanyikan lagu bersama-sama guru
-          Murid membuat pergerakan bersama guru


  • 2.      Aktiiti perkembangan 1 (10 minit)
-          Guru mempamerkan carta abc
-          Murid menyebut huruf yang ditunjukkan oleh guru secara rawak
-          Guru  menyebut huruf dan meminta murid mengecam huruf
-          Murid menyebut huruf yang ditunjukkan seorang demi seorang
-          Sebutan yang salah guru perbetulkan


  • 3.      Aktiviti perkembangan 2 (10 minit)
-          Guru menunjukkan gambar yang mempunyai hufuf kecil
-          Murid mengecam huruf yang terdapat pada gambar
-          Murid membaca huruf yang terdapat dalam gambar
-          Guru membimbing murid menyebut huruf dengan betul


  • 4.      Aktiviti perkembanga 3 (15 minit)
-          Guru menunjukkan cara menulis huruf dengan betul
-          Murid melakukan aktiviti menulis huruf diudara, atas meja dan dengan plastesin
-          Guru memperbetulkan kesalahan cara murid menulis huruf
-          Guru membimbing murid


  • 5.      Lembaran kerja (15 minit)
-          Guru mengedarkan lembaran kerja cara menulis dengan betul
-          Murid membuat aktiviti menulis lembaran kerja
-          Guru membimbing murid menjalankan aktiviti
-          Guru memperbetulkan kesalahan murid secara terus


  • 6.      Penutup (5 Minit)
-          Guru menilai cara penulisan murid yang betul
-          Guru memberi hadiah kepada murid yang dapat menulis dengan cara yang betul dan cantik
-          Murid mendapat penghargaan daripada guru
-          Guru memberi ganjaran kepada murid
-          Nyanyian lagu abc dengan muzik

No comments:

Post a Comment